-->

Thursday, January 10, 2008

Tinjauan pasaran: Saham Sime Darby tingkat kenaikan KLCI
KENAIKAN dalam saham wajaran tinggi diterajui Sime Darby menolak penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ke paras tertinggi baru untuk hari ketiga berturut-turut, semalam.

Indeks penanda aras itu ditutup pada 1,491.66, naik 1.92 mata atau 0.13 peratus, selepas dibuka 5.91 mata lebih rendah pada 1,483.83 pagi semalam.

Penjualan saham perbankan bagaimanapun menyekat KLCI daripada mencecah paras 1,500 mata, tetapi ia berjaya mencatatkan paras tertinggi harian baru pada 1,498.86.

Paras tertinggi akhir yang dicatatkan kelmarin pada 1,489.87.

Sime Darby, yang berwajaran pada 11.202 peratus daripada KLCI, naik 30 sen ditutup pada RM12.80, menyumbang 4.005 peratus kepada kenaikan dalam indeks pasaran semalam.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas susut 7.54 mata kepada 10,139.56 dan FBM30 turun 32.77 mata kepada 9,673.51.

FBM2BRD meningkat 2.35 mata kepada 6,921.44 dan FBM-MDQ menambah 36.99 mata kepada 6,198.45.

Saham untung mengatasi rugi pada 506 berbanding 340 manakala 259 kaunter tidak berubah, 307 tidak didagangkan dan 21 lain digantung.

Sebanyak 1.646 bilion saham bernilai RM3.366 bilion bertukar tangan, peningkatan berbanding pada 1.258 bilion saham bernilai RM3.076 bilion, kelmarin. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?