-->

Monday, February 18, 2008

Pelajar universiti yang kononnya terpelajar

"Bayi ini dibuang oleh pasangan yang berpendidikan tinggi. Nak dikatakan BODOH dapat masuk Universiti. Apa ini semua? Apa KEJADAHnya ini semua? Dahlah buat dosa seperti belukar, bayi pula dibuang di dalam tong sampah". Siapa kata? bukan ana kata. Tapi wartawan dalam visual ini kata".. He!

Jika tidak berpuas hati dengan visual ini, Boleh download SINI! ( Right Click and save Target As..)

KENA AMBIL TAHU : Sejak beroperasi pada 2003, LEBIH 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.

KENA AMBIL TAHU : Ibu bapa di kampung, sanggup jual tanah, sanggup jual ladang, jual getah dan sebagainya, semata-mata nak hantar anak belajar di Universiti. Tapi anak-anak di universiti bukan belajar, tapi bebas dengan bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial.

KENA AMBIL TAHU : Penuntut universiti tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.

KENA AMBIL TAHU : Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa Vista Angkasa, Kerinchi? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini.

KENA AMBIL TAHU : Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.

KENA AMBIL TAHU : Kisah Zara yang berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.

KENA AMBIL TAHU : Kata Zara kepada wartawan yang menemuinya di Rumah Kewaja. “Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” .

KENA AMBIL TAHU : Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.

KENA AMBIL TAHU : Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.

KENA AMBIL TAHU : Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.

KENA AMBIL TAHU : Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.

KISAH PELAJAR IPT YANG KEDUA

KENA AMBIL TAHU : Seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.

KENA AMBIL TAHU : Katanya ketika ditemui di Kewaja “Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.

KENA AMBIL TAHU : Katanya lagi, dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat.

KENA AMBIL TAHU : Mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena CINTA KAMPUS.

KENA AMBIL TAHU : Apabila sudah terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi. (LIHAT VIDEO SINI!)

KENA AMBIL TAHU : Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang TIADA PENGISIAN POSITIF KETIKA MEREKA MENUNTUT DI IPT.

KENA AMBIL TAHU : Semua maklumat ini adalah dipetik daripada BERITA HARIAN.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?