-->

Thursday, January 15, 2009

15 murid Tahun Satu dakwa didera guru
MELAKA: Bapa seorang murid Tahun Satu sebuah sekolah kebangsaan di Ayer Molek dekat sini, mendakwa anaknya didera secara fizikal dan mental oleh seorang guru sekolah berkenaan hanya kerana gagal membawa buku latihan, pada Isnin lalu.

Reza Idris, 40, mendakwa akibat perbuatan guru berusia 40-an itu, anaknya kini trauma untuk ke sekolah.

Perbuatan itu dakwanya juga bukan kali pertama kerana pernah dilakukan guru sama sepanjang sembilan hari persekolahan lalu.

"Tiga hari pertama anak saya memasuki sekolah, kepalanya diketuk guru berkenaan tetapi saya mendiamkan diri.








ABDUL Wahab menunjukkan leher anaknya cedera, semalam.











"Tetapi kelmarin, selepas pulang dari sekolah anak saya mengadu kepala dan kakinya sakit.

"Apabila ditanya, dia memberitahu seorang guru di sekolah itu menghentak kepalanya ke meja, manakala kaki turut dipukul sehingga lebam," katanya di sini, semalam.

Reza berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana anaknya masih kecil dan takut ke sekolah.

"Saya juga terkejut apabila ke sekolah pada petang kejadian dan mendapati lebih 10 ibu bapa berkumpul untuk mendapatkan penjelasan kerana anak mereka turut dipukul guru berkenaan.

"Buat masa ini laporan polis belum dibuat kerana saya memikirkan nasib guru berkenaan jika kejadian itu dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa," katanya.

Seorang lagi bapa, Abdul Wahab Md Noor, 33, berkata dia tidak menyangka bualan masyarakat sebelum ini mengenai sikap buruk guru berkenaan turut menimpa anaknya.

"Sebelum ini, saya ada terdengar cerita tidak elok mengenai guru ini yang suka memukul murid.

"Pada mulanya, saya tidak percaya sehinggalah anak saya dicederakannya sehingga berdarah di bawah dagu akibat dicubit," dakwanya.

Abdul Wahab berkata, alasan guru terbabit ialah anaknya tidak membawa buku sekolah sedangkan ketika itu bukunya sudah diberikan kepada guru lain.

"Pada hari kejadian, saya dengar kira-kira 15 murid dihukum guru itu dan anak saya menerima nasib paling teruk.

"Apabila ditanya, tanpa rasa bersalah dan meminta maaf, guru terbabit memaklumkan dia melakukan perkara itu dengan suka hatinya selain tidak dapat mengawal perasaan marah," dakwanya.

Berikutan itu, Abdul Wahab membuat laporan ke Jabatan Pelajaran negeri dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas guru terbabit.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?