-->

Thursday, January 15, 2009

Malaysia perlu tubuh sekolah perniagaan Islam
Laporan Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

Kaedah pengajaran mesti berorientasi pemikiran usahawan Muslim

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menubuhkan sebuah institusi pendidikan perniagaan yang kaedah pengajarannya lebih berorientasikan pemikiran serta amalan perniagaan Islam sepenuhnya bagi melahirkan lebih ramai modal insan dalam bidang berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya dunia Islam menubuhkan sebuah sekolah perniagaan Islam yang setanding pusat pengajian seumpamanya di Barat seperti sekolah pengajian perniagaan di Universiti Harvard.

Beliau berkata, penubuhan sekolah perniagaan itu yang tenaga pengajarnya terdiri daripada ahli akademik yang mempunyai pengalaman keusahawan mampu menjadi medan terbaik ke arah melahirkan lebih ramai usahawan Islam dengan latar belakang akademik yang baik.

"Kita boleh mencontohi model membangunkan sekolah perniagaan ini seperti yang dilakukan di Barat tanpa perlu meniru ilmu perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan kertas kerja 'Keupayaan Institusi Pembiaya Industri Sederhana, Kecil dan Mikro Dalam Melahir Dan Memperkasa Usahawan Kecil Berdaya Maju: Ke Arah Pendekatan Baru Yang Lebih Berkesan' pada hari ketiga Kongres Ekonomi Islam Ketiga semalam.

Kongres itu dianjurkan bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Majlis Perundingan Islam, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Saifuddin berkata, penubuhan sekolah itu dicadangkan menggunakan dana zakat atau wakaf dan tidak perlu terikat dengan universiti kerana kaedah pengajaran di sekolah perniagaan terbabit lebih berkisar kepada amalan perniagaan sebenar.

Justeru, katanya, tenaga pengajar perlu terdiri daripada golongan akademik yang mempunyai pengalaman keusahawanan bagi melahirkan graduan lebih berkemahiran praktikal berbanding pengetahuan teori semata-mata.

"Syarat kemasukan pula tidak semestinya terlalu menitikberatkan akademik kerana matlamat penubuhannya juga lebih ke arah melahirkan usahawan," katanya sambil menambah penubuhan sekolah perniagaan itu perlu membabitkan kerajaan, masyarakat perniagaan dan orang ramai.

Beliau berkata, jika usaha ke arah mewujudkan sekolah perniagaan itu dipandang serius dan langkah ke arah itu dimulakan dengan cepat, penubuhannya boleh direalisasikan dengan segera.

"Saya tak fikir ia mengambil masa lama, menjelang 2010 ia sudah boleh ditubuhkan jika kita mengambil masa setahun membangunkan (projek ini)," katanya.

Saifuddin berkata, sekolah perniagaan itu juga perlu mempunyai dana pembiayaan bagi graduan yang ingin menjadi usahawan sebaik tamat belajar.

Beliau berkata, Yapeim perlu diberi peluang menerajui usaha menubuhkan sekolah perniagaan itu memandangkan yayasan itu lebih bebas dan tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi yang kelak boleh membantutkan usaha membangunkan sekolah perniagaan itu.

"Yapeim juga mempunyai kredibiliti selain mempunyai jaringan dengan institusi kewangan Islam lain," katanya.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?