-->

Saturday, January 17, 2009

Bush diakui budak suruhan Israel

SEORANG budak Palestin di Nablus menunjukkan gambar Olmert sebagai dracula ketika membantah serangan di Gaza.




Akur arahan Olmert berkecuali undi di PBB

TEL AVIV: Pihak yang tidak terbabit dalam perbezaan pendapat antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice mendedahkan Olmert bercakap benar apabila beliau menyatakan Presiden George W Bush mengikut cakapnya supaya berkecuali dalam undian resolusi Majlis Keselamatan minggu lalu.

Resolusi gencatan senjata di Gaza tajaan Libya, dikemukakan kepada anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diundi.

Israel tidak bimbang kerana menyangka Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak resolusi itu.

Namun, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Salam Fayad, berjaya mempengaruhi Amerika supaya menyokong versi lebih lembut resolusi itu yang menggesa diadakan segera gencatan senjata.

Britain dan Perancis bersetuju dengan resolusi itu seperti diminta Fayyad. Rice memberi isyarat kepada rakannya dari Perancis dan Britain, Bernard Kouchner dan David Miliband beliau juga akan menyokong.

Sehingga malam Jumaat minggu lalu, jelas kepada diplomat Eropah dan pegawai PBB bahawa Amerika seperti 14 anggota Majlis Keselamatan lain akan menyokong resolusi yang diperlembutkan itu.

Mereka juga berkata, Rice berjanji kepada rakannya dari negara Eropah untuk menyokong.

Bagaimanapun, di Baitulmaqdis, pegawai Israel beranggapan Amerika hanya menyokong gencatan senjata kemanusiaan selama 48 jam. Namun, pada jam 1 pagi, pengesahan terakhir diterima dari New York bahawa Amerika berjanji tiada resolusi gencatan senjata yang akan segera diundi.

Kira-kira sejam setengah kemudian, jelas bukan saja Majlis Keselamatan akan mengundi resolusi gencatan senjata itu pada bila-bila masa saja, tapi Rice mengarahkan duta Amerika di PBB menyokongnya.

Olmert dengan pantas menghubungi Presiden Bush menerusi telefon untuk mengadu tingkah laku Rice dan mendesak presiden berkenaan menahannya.

Apa yang dikatakan Bush kepada Rice tidak diketahui, namun Amerika tiba-tiba mengubah undian daripada 'ya' kepada 'berkecuali'.

Segalanya mungkin berakhir dengan baik jika Olmert bersikap seperti orang dewasa yang dapat menahan nalurinya.

Pembantunya juga mengakui Olmert tidak patut menunjuk-nunjuk beliau boleh mempengaruhi Bush membuat keputusan bagi mengatasi Rice. � Agensi

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?