Sahabatku
Saturday, January 17, 2009
WASHINGTON: Majlis mengangkat sumpah Barack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat akan berlangsung Selasa depan dengan diberi kawalan keselamatan paling ketat bagi melindungi beliau selain jangkaan kehadiran paling ramai dalam sejarah.
Dengan kira-kira 1.5 juta orang dijangka hadir dalam perayaan tiga hari ini, berpuluh ribu anggota polis dan askar akan mengawal lokasi darat, air dan udara sekitar Washington.
Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan pihak berkuasa lain tidak melihat wujudnya ancaman serangan yang kukuh tetapi berkata mereka bersedia untuk potensi malapetaka lebih luas termasuk serangan senjata kimia dan cuaca sejuk keterlaluan.
"Anda perlu memanjangkan imaginasi kerana kita bercakap mengenai perkara yang tidak dapat dijangka," kata Jeneral Richard Rowe, yang meninjau persediaan tentera sebagai ketua pasukan khas tentera bagi kawasan Washington.
Ia adalah majlis pertabalan pertama presiden baru sejak serangan 11 September 2001 yang menimbulkan kebimbangan memuncak mengenai serangan dalam negara di kalangan rakyat Amerika dan memperketatkan langkah keselamatan.
Obama akan mewarisi perang dengan al-Qaeda dan musuh lain di Afghanistan dan Iraq. Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden menghantui Obama dalam mesej minggu ini, yang mengisytiharkan presiden baru itu berdepan perang gerila yang akan memuncak.
Pemilihan Obama � dilihat sebagai kejayaan kepada kesaksamaan yang sudah lama diperjuangkan penduduk kulit hitam � juga menimbulkan kemarahan pelampau kulit putih, yang membawa kepada penangkapan golongan itu ketika kempennya dan kebimbangan beliau dibunuh.
Sementara itu, kos pelantikan Obama yang mencecah AS$150 juta (RM536 juta) adalah yang termahal dalam sejarah negara itu. � Reuters

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan