-->

Sunday, January 18, 2009

Gaza sudah hancur

KEMUSNAHAN bangunan disaksikan seorang lelaki Palestin yang pulang ke Rafah, semalam.

Bekalan makanan, gas masak, air dan minyak berada pada tahap kritikal: PBB













BANDAR GAZA: Gaza, satu daripada kawasan paling miskin di dunia, semakin bermasalah selepas kawasan tanaman gandum yang meluas di jajahan itu penuh dengan runtuhan bangunan selepas tiga minggu dibedil Israel.

Menurut statistik biro pusat Palestin, kerosakan infrastruktur saja bernilai AS$476 juta (RM1.7 bilion) � bil yang akan diuruskan penyumbang dana Barat.

Pengeboman dan serangan kereta kebal Israel meratakan segala-galanya daripada gudang milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sekolah dan hospital sejak 'Operation Cast Lead' dilancarkan 27 Disember lalu.

Bekalan air bertukar kepada titisan selepas kerosakan kepada loji rawatan utama sementara serangan ke atas jaringan kabel dan kebanyakan stesen cawangan menyebabkan kebanyakan isi rumah tanpa bekalan elektrik pada kemuncak musim sejuk.

Ketika Israel menegaskan ia melakukan segala usaha untuk hanya mensasarkan militan Hamas, 'kerosakan cagaran' akibat perang yang ditentang hebat di kejiranan penuh sesak di bandar ini dan kem pelarian semakin hebat.

Gaza adalah satu daripada kawasan paling padat di dunia di atas muka bumi ini dengan kira-kira 1.5 juta orang bersesak dalam kawasan berkeluasan 362 kilometer persegi.

Lebih separuh daripada penduduknya berusia bawah 18 tahun. Lebih 1,200 orang, separuh daripadanya dianggarkan orang awam, maut sejak bermulanya perang.

Perkhidmatan kecemasan menjangka angka itu akan bertambah apabila mereka akhirnya berpeluang menyelusuri runtuhan di kawasan yang amat berbahaya untuk dimasuki.

Menurut laporan tapak dikumpul koordinator kemanusiaan PBB di Gaza, bekalan makanan, gas memasak, air dan minyak berada pada 'tahap kritikal.'

"Sebahagian besar orang awam terperangkap di dalam rumah sementara beribu lagi mencari perlindungan dengan keluarga angkat dan kawasan perlindungan kecemasan PBB. Air, sanitasi dan sistem elektrik dalam keadaan daif."

Tugas paling mendesak ialah mengagihkan makanan kepada penduduk kebuluran, dengan keadaan keselamatan ketika konflik menjadikannya agak sukar kepada pemandu mengangkut bekalan.

Kira-kira separuh daripada penduduk Gaza bergantung kepada bantuan makanan agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA). � AFP

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?