Sahabatku
Sunday, January 18, 2009
PENUNJUK perasaan anti-Israel di Jakarta berlatarbelakangkan poster menuntut Obama bersuara mempertahankan penduduk Gaza.
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berdepan tugas berat selepas selesai majlis angkat sumpah esok kerana mewarisi banyak krisis daripada pentadbiran George W Bush, yang menjadi penentu jatuh bangun pemerintahannya.
Malah, ini diakui sendiri oleh bakal presiden kulit hitam pertama Amerika itu ketika memberikan ucapan kepada penyokongnya dalam lawatan kereta api dari Philadelphia ke Washington, kelmarin.
"Tidak banyak tercatat dalam sejarah kita berdepan cabaran yang amat hebat. Ekonomi merudum. Dua peperangan, satu daripadanya perlu ditamatkan secara bertanggungjawab, satu lagi perlu ditangani dengan bijak. Planet kita semakin panas berikutan sikap yang terlalu bergantung kepada minyak," katanya.
Bagi Obama, gelombang krisis yang sempurna itu mewakili kelemahan kuasa dan peluang mengukir namanya bersama-sama segelintir presiden hebat yang menyelamatkan negara mereka.
Pembantu kanan Obama berkata, tugas pertama yang menantinya sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan ialah menghalang masalah ekonomi Amerika yang sedia goyah dengan kemelesetan mengancam menjadikan negara itu mengalami kejatuhan amat teruk.
Dalam dasar ekonominya, Obama berjaya mengemudikan kapal dengan berkesan untuk beberapa minggu, dan memperkenalkan pakej merangsang ekonomi di Kongres.
Beliau meminta kerjasama anggota Republikan dan Demokrat, menunjukkan kesediaan menukar rancangan apabila berdepan tentangan ketika berterusan menekankan ekonomi akan merudum selama bertahun-tahun tanpa tindakan segera diambil.
Apabila memasuki Rumah Putih secara rasmi esok, Dewan Perwakilan akan bersedia berusaha menjayakan pelan rangsangan bernilai AS$825 bilion (RM2.8 trilion), dengan harapan tinggi Obama mampu membawanya ke Kongres menjelang pertengahan Februari ini.
Dewan turut berusaha untuk memaksa perubahan kepada separuh kedua bantuan kewangan bernilai AS$700 bilion (RM2.4 trilion) selepas pentadbiran Bush dituduh membazirkan separuh pertama yang masih bersedia dipinjamkan.
Senat sudah pun bersedia untuk mengundi memberikan wang itu. � AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
-
Tiada Link
Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?
0 comments:
Post a Comment
komen anda sangat dialu-aluan