-->

Sunday, January 18, 2009

Heret Israel ke ICC

PENDUDUK mengeluarkan mayat seorang budak perempuan yang tertimbus hampir dua minggu dalam runtuhan sebuah rumah selepas tentera Israel membedil kawasan penempatan di Semenanjung Gaza itu pada 5 Januari lalu.





Sekumpulan peguam fail permohonan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rabu

GENEVA: Sekumpulan peguam dan juri antarabangsa memulakan inisiatif bagi memohon Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat dan mendakwa Israel terhadap tuduhan melakukan jenayah perang serta jenayah kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Kumpulan itu mengadakan rundingan di Geneva, kelmarin, untuk mencapai perincian terakhir berhubung serangan Israel di Gaza bagi menghasilkan dokumen mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh tentera rejim Yahudi itu.

Jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab, Haytham Manna, berkata permohonan itu akan dikemukakan di The Hague, Rabu ini.

Suruhanjaya itu adalah antara 300 kumpulan hak asasi manusia yang merancang menghantar maklumat setebal 37 muka surat kepada ICC yang berpejabat di Belanda.

ICC mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai sejak 2002. Ia boleh membicarakan individu jika jenayah didakwa dilakukan ke atas jajahan atau negara atau parti negara anggota.

Walaupun Israel bukan negara anggota, kumpulan peguam dan juri itu berkata, ICC masih boleh mendakwa individu yang bertanggungjawab dalam serangan ganas itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, sendiri mendedahkan sekurang-kurangnya 1,300 penduduk Gaza termasuk terlebih 400 kanak-kanak maut, manakala 5,300 lagi cedera dalam serangan 22 hari tentera Yahudi itu yang turut menyebabkan banyak kemusnahan bangunan dan kediaman.

Manna berkata, sesetengah negara anggota seperti Venezuela dan Bolivia turut berminat merujuk Israel kepada ICC.

Malah, Bolivia sedang bersedia untuk meminta Israel didakwa oleh ICC dan mahu mengumpul sokongan di kalangan rakan serantau bagi memastikan 'pemimpin politik dan tentera Yahudi yang bertanggungjawab ke atas serangan di Gaza' dihadapkan ke muka pengadilan.

Rabu lalu, Venezuela dan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan kekejaman rejim itu di Gaza dan keengganannya mematuhi gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata lebih awal. - AFP


sumber: berita harian

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?