-->

Wednesday, January 14, 2009

Maim mahu berdialog isu agama, kaum
TUANKU MIZAN mendengar sesuatu daripada Ahmad Zahid pada Majlis Perasmian Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia 2009, di PICC, Putrajaya, semalam.



Pendekatan akan dibincang dengan NGO bukan Islam

PUTRAJAYA: Majlis Amal Islami Malaysia (Maim) naungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengadakan dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam bagi mencari penyelesaian berhubung isu perbezaan agama dan kaum di negara ini.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata isu perkauman yang sering dibangkitkan pelbagai pihak sejak kebelakangan ini perlu diatasi dengan baik supaya ia tidak menjejaskan ketenteraman kaum di negara ini.

"Maim memang menolak fahaman ekstrem kerana dalam masyarakat majmuk, sifat ungkit-mengungkit dan menafikan hak orang lain boleh menimbulkan suasana kurang selesa di kalangan rakyat.


"Oleh itu, fahaman ekstrem ini perlu diperbetulkan menerusi pendekatan dakwah, dialog dan nasihat yang baik," katanya kepada media selepas majlis perasmian Muktamar Kebangsaan Maim 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Muktamar kali keempat bertemakan 'Bersatu Membela Islam' itu dihadiri kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai NGO Islam antaranya Jemaah Islah Malaysia (Jim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Dewan Pemuda Masjid.

Ia dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Pada masa sama, Nakhaie meminta semua NGO Islam mengamalkan pendekatan dakwah berteraskan kebijaksanaan, nasihat dan dialog yang beradab.

Mengulas usaha yang boleh dilakukan bagi membela nasib rakyat Palestin di Gaza, Nakhaie berkata, umat Islam hanya boleh berdoa supaya keganasan yang dilakukan oleh Israel dihentikan dalam masa terdekat.

"Ketika ini, umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa bagi menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin kerana kita (umat Islam) tidak bersatu, selain kejayaan Amerika Syarikat memecah belah dunia Arab.

"Kini, harapan rakyat Palestin hanyalah kepada pemimpin di rantau ini supaya berjuang dan mendesak pemimpin dunia memberi tekanan kepada Israel menghentikan segera kekejaman mereka," katanya.

Selain itu, katanya umat Islam juga perlu terus meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Israel menerusi pelbagai saluran, bagi menyedarkan negara terbabit berhubung tindakan mereka.

Terdahulu ketika berucap, Nakhaie berkata, masyarakat Islam tidak mampu bergantung harap hanya kepada parti politik untuk menentukan kedudukan masa depan mereka.

"Masyarakat Islam memerlukan kekuatan ketiga iaitu kekuatan masyarakat sivil dan Hadhari yang mampu melengkapi serta mengimbangi kuasa parti politik, sekiranya tidak dikawal mampu merosakkan masyarakat," katanya.

Justeru, beliau mahu Maim bergerak lebih agresif dalam memperjuangkan Islam dan umat Islam di negara ini mengikut acuan keislaman yang ditetapkan pemimpin terdahulu negara.


---
copyright : berita harian

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?