-->

Wednesday, January 14, 2009

Pusat sehenti percepat pelaburan ECER
BENTONG: Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) semalam meluluskan penubuhan pusat sehenti bagi mempercepatkan semua proses permohonan dan kelulusan berkaitan pelaburan di koridor berkenaan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ECERDC berkata, pusat sehenti itu berfungsi sebagai pusat hubungan setempat bagi memberi kemudahan kepada pelabur yang berminat membuat pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Beliau berkata, ia juga bagi melancarkan pelaksanaan projek kerana turut memproses permohonan pelaburan berkaitan pelbagai galakan termasuk insentif khas, sebelum diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

"Pusat ini juga akan memproses permohonan pelaburan bagi projek berimpak tinggi yang perlu mendapatkan pertimbangan Jawatankuasa Kabinet, proses lesen pengilangan dan jawatan pegawai dagang asing bagi projek yang diluluskan di ECER.

"Ia akan menyenangkan kalau ada syarikat mahu buat pelaburan, mereka perlu pergi terus ke pusat ini dan boleh dapat apa jua maklumat yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ECERDC ketiga, di Wisma Sri Bentong, di sini petang semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdullah berkata, pusat sehenti itu beroperasi di Ibu Pejabat ECERDC di Kuala Lumpur serta mempunyai cawangan di setiap negeri dalam wilayah ekonomi itu iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Menjawab soalan, beliau berpuas hati perkembangan pembangunan di ECER yang memperuntukkan RM2.6 bilion bagi melaksanakan 107 projek mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Daripada 107 projek yang dirancang dalam ECER, Perdana Menteri berkata, 48 sudah dilaksanakan sejak tahun lalu, 29 lagi akan dilaksanakan pertengahan tahun ini, 22 dimulakan hujung tahun ini dan lapan akan siapkan pada 2010.

Mengenai kemajuan projek di ECER, katanya, Taman Plastik Kertih (KPP) berjaya menarik komitmen pelaburan RM545 juta.

Ditanya sama ada projek yang dirancang dalam ECER akan terjejas berikutan krisis kewangan global, Abdullah berkata, semua projek berkenaan akan terus dilaksanakan mengikut jadual kerana memberi manfaat kepada rakyat di luar bandar.

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?