-->

Saturday, January 17, 2009

PBB desak undur askar Israel segera
SEORANG kanak-kanak Palestin meraung kesakitan ketika menerima rawatan selepas cedera dalam serangan Israel di sebuah hospital di Beit Lahiya, utara Gaza, semalam.





Resolusi 1860 Majlis Keselamatan diguna

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat kelmarin mengundi untuk mendesak gencatan senjata segera dan berpanjangan di Semenanjung Gaza yang membawa kepada pengunduran sepenuhnya tentera Israel.

Bagaimanapun, desakan sebilangan negara termasuk Malaysia, Indonesia, Ecuador, Venezuela, Iran, Syria dan Nicaragua, yang mahu mengundi draf lebih tegas ditolak.

Dalam resolusi itu, badan dengan 192 anggota itu mendesak ‘penghormatan sepenuhnya’ diberikan kepada resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan minggu lalu, menggesa ‘gencatan senjata segera, berpanjangan dan dipatuhi sepenuhnya yang membawa kepada pengunduran sepenuhnya tentera Israel’ dari Gaza.

Resolusi 1860 itu juga mendesak ‘bekalan dan pengedaran bantuan kemanusiaan tidak disekat ke Gaza termasuk makanan, bahan bakar dan rawatan perubatan.’

Undian perhimpunan itu yang dibuat selepas beberapa jam berhujah, menyaksikan 142 bersetuju dengan tiga menentang dan sembilan berkecuali, menurut kiraan undi. Israel, Amerika Syarikat dan Nauru tidak membuang undi.

Pemerhati Palestin ke PBB, Ryad Mansour, menyambut baik ‘undian hampir sebulat suara’ perhimpunan itu untuk memaksa Israel mematuhi Resolusi 1869 Majlis Keselamatan.

“Kami menang kerana sokongan anda,” katanya.

Teks perhimpunan itu, yang meminda sedikit draf terdahulu diedarkan Khamis lalu oleh Presiden perhimpunan, Miguel d’Escoto Brockmann, dirunding oleh Mesir bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan duta Kesatuan Eropah.

Ia menggugurkan kenyataan terdahulu yang merujuk Israel sebagai ‘kuasa penceroboh’ di Gaza dan memasukkan ayat ‘menekankan penduduk awam Palestin dan Israel perlu dilindungi dan penderitaan mereka mesti ditamatkan.’

Resolusi juga meluahkan sokongan kepada usaha terkini Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon dan antarabangsa lain yang sedang dijalankan.

Ia menggesa semua negara anggota segera melanjutkan sokongan kepada usaha antarabangsa dan tempatan bertujuan menamatkan keadaan kemanusiaan dan ekonomi kritikal di Semenanjung Gaza. - AFP

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?