-->

Saturday, January 17, 2009

Israel bedil lagi sekolah PBB

LELAKI Palestin menatap wajah anaknya, Bilal al-Baayahtran yang maut bersama tiga lagi saudaranya selepas serangan askar Israel di Bureij, tengah Gaza, semalam.




Dua murid terbunuh, 14 cedera kereta kebal tembak bilik darjah

GAZA: Serangan Israel ke atas sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyebabkan dua kanak-kanak lelaki terbunuh, manakala lima lagi maut di Semenanjung Gaza, ketika rejim itu menimbang gencatan senjata sebelah pihak dalam pertempurannya dengan pejuang Hamas yang memasuki minggu ketiga.

Kabinet keselamatan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dijadual mengadakan mesyuarat pada sebelah petang, manakala sumber politik berkata menteri mungkin memutuskan sama ada untuk menghentikan pertempuran tanpa mencapai sebarang persetujuan dengan pergerakan Hamas yang menguasai Gaza.

Jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA), Adnan Abu Hasna berkata dua beradik itu terbunuh dan 14 lagi cedera termasuk ibu mereka, apabila kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke arah sekolah yang dikendalikan UNRWA di Beit Lahiya, utara Gaza.

Jurucakap tentera Israel berkata pihaknya sedang menyiasat laporan itu.

“Israel mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku,” kata Abu Hasna.
DARAH berlumuran di dalam sebuah bilik darjah selepas serangan askar Israel ke sekolah PBB di Beit Lahiya, semalam.

Kira-kira 45,000 penduduk Gaza terpaksa melarikan diri dari zon pertempuran dan mencari perlindungan di sekolah PBB 6 Januari lalu.

Halaman UNRWA diserang dua kali Khamis lalu, menyebabkan tiga kakitangan cedera.

Kakitangan hospital berkata empat orang terbunuh dalam serangan kereta kebal di sebuah lagi kejiranan di Gaza semalam. Hamas berkata seorang pejuangnya turut terkorban.

Pengarah perkhidmatan ambulans Hamas, Muawiyah Hassanein berkata lebih 1,199 penduduk Palestin terkorban setakat ini termasuk 410 kanak-kanak, manakala 5,300 lagi cedera 1,630 daripadanya kanak-kanak.

Sepuluh askar Israel dan tiga penduduk awamnya maut dalam serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ketika pertempuran.

Pesawat Israel terbang di ruang udara Gaza sebelum subuh dan letupan besar kedengaran di bahagian selatan dan utara wilayah itu. - Reuters/AFP


sumber: berita harian

0 comments:

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?