-->

Tuesday, August 11, 2009

ramadhan untukku
bismillah ..
malam ni aku rasakan seperti hilang nikmat tidur ... hati ni begitu kuat merasai rindu kepada seseorang.. tapi perlukah dilafazkan rindu itu sedangkan perjalanan yang bakal aku jalani hari demi hari masih jauh .. mungkin juga tatkala rindu itu dilafazkan maka ianya akan dianggap seperti sebuah janji untuk bersama ..

itu yang aku risaukan .. cukup lah diri sendiri yang merasainya kerana aku tidak mahu pisang berbuah dua kali ... bila lafaz itu tidak dipertahankan maka segala-galanya akan berlaku dengan mudah ...

aku selalu fikirkan ... rindu itu memang tiada salahnya tetapi bagaimana pula dengan lafaz rindu ... ? boleh kah dilafazkan ... ? mungkin pengalaman pahit dan manis banyak mengajar aku erti kehidupan ..

lafaz2 yang membuatkan seseorang berfikir bahawasanya dia telah ditaburi janji dan dirinya dijamin untuk bersama sebenarnya perlu dihalang daripada terucap kerana jodoh pertemuan ditangan .. itu asbab yang pertama tetapi itu bukanlah hadaf sebenar aku membincangkan perkara ini ..

sebenarnya dari seringan2 perkataan itulah yang membuka pintu maksiat .. bermula dari seringan2 maksiat dan akhirnya meranalah hidup ... mungkin bagi kita ... ada sesetengah dari kita berfikir... keadaan itu mungkin mengambil masa yang lama untuk berubah menjadi maksiat ... mungkin 3thn .. mungkin 4thn mungkin juga sempat untuk berkahwin dan maksiat tidak berlaku ..

tetapi ingatlah ... kita ini manusia.. manusia yang Allah janjikan الإيمان يزيد وينقس ... iman itu bertambah dan berkurang ... kita ini bukan sesempurna rasul junjungan yang termulia dikalangan hamba-Nya . kita hanyalah hamba yang Allah janjikan neraka yang menggelegak apinya .. yang bakal diganti-gantikan kulit kita untuk dibakar .. bagi sesiapa yang mengingkar suruhan dan arahan Allah .. demikian itu, layakkah kita untuk menentukan tempoh untuk maksiat untuk berlaku ... ?

pastinya tidak ... bagi aku .. kalam rindu, sayang dan sebagainya kepada yang berlainan jenis itu sepatutnya disemat didalam dada sebagai sesuatu yang haram ... hatta kepada kawan2 yang kita anggap hanya sekadar kawan ...

fitnah itu berlaku apabila kita tidak menyedari .. ini yang ditakuti sebenarnya .. apabila kita dengan mudah mengucapkan rasa rindu dan sayang kepada mereka yang berlainan jenis hatta kepada kawan2 yang sudah lama tiadk berjumpa.. mudah sahaja untuk fitnah itu dianak pinakkan ...

berfikirlah ...

aku menulis bukan kerana aku pandai .. aku menulis bukan kerana aku bergelar azhari .. aku menulis kerana aku mencari diri aku .. aku ingin berubah .. dan perubahan itu aku sendiri yang merasai ...

bila ditanya ... apa itu erti keikhlasan?

aku seringkali mengingati kalam ustaz ... ikhlas itu adalah perbuatan kita yang hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui ...

sejujur hati aku ... aku xpernah merasainya lagi ... untuk sahabat2 yang merasakan aku seperti menjauhi ... aku memohon maaf .. aku sedang mencari diri aku .. berikan aku masa ... biarlah bertahun2 .. moga2 tempoh yang lama untuk membuatkan aku lebih matang .. satu hari nti .. aku pasti muncul dan membantu ...

bila aku fikirkan mengenai ilmu dan talaqqi di sini .. aku rasakan aku dah banyak membuang masa di rumah .. mencari diri yang sebenarnya terperuk didalam sangka umpama sibuta yang buta hatinya ... itulah aku ...

aku perlu lakukan sesuatu .. tetapi aku selalu beralasan ... ramadhan lalu .. aku pernah berazam untuk bertalaqqi di Azhar .. sekurang-kurangnya sehari seminggu .. tetapi aku xmampu .. mungkin kerana maksiat yang masih tidak aku tinggalkan .. hati aku masih hitam untuk menerima cahaya ..

sekarang .. ramadhan datang lagi .. aku bersyukur pada-Mu ya Allah ... tika ramadhan kali ini datang ... disisiku hanya ada keluarga, kitab2ku dan juga diri-Mu ... itu sahaja kekuatan aku ... untuk-Mu ya-Allah .. aku pohon ampunan ... moga2 dengan kekuatan yang sedikit ini .. aku mampu mencari diriku dan mencari cahaya-Mu ...

aku tidak dapat menghitung dosa dan salahku kepada manusia amnya .. dan Allah khususnya .. mengkhianati Allah dan tidak amanah dengan pinjamannya .. hari demi hari ... aku rasa bersalah kepada semua ... kawan-kawan di Mesir .. kawan2 di Malaysia .. untuk yang pernah mengenali diri ini secara bersemuka .. aku mohon segala kemaafan ..

aku masih bingung sebenarnya... aku tahu aku hidup didunia untuk mencari keredhaan Allah .. aku juga tahu bagaimana caranya .. cuma aku masih bingung .. kenapa aku masih gagal untuk melawan syaitan dan nafsu sendiri untuk aku bina kekuatan iman ...

kiranya ... ramadhan kali ini sempat kujejaki dan aku harungi ... aku berharap doa ku satu ketika dahulu .. dimakbulkan ... doa yang hanya aku dan Allah sahaja mengetahui ... bukan doa untuk kepentingan aku ... ianya sekadar untuk agama ...

bagi diri aku ... aku ingin memperbaiki iman dan nafsu aku agar aku mudah menerima ilmu dan hikmah daripada Allah .. aku sayangkan Islam dan aku takut aku salah seorang di antara mereka yang melambatkan kemenangan Islam ...

wassalam

3 comments:

miEz haNeM said...

salam ramadhan:)
moga segala yang terbaik buat kamu dan keluarga..amin:)

yuszas said...

terimas ...
:) untuk kamu juga begitu ...

kiranaqistina said...

"RamaDhan DaTanG TanPa DiuNDanG TeTaP PerGi WaLau DiHaLang.."

Moga Ramadhan kali ni memberi kita peluang untuk menggarap dan meraih CinTa ALLAH..

SyukRan ala kulli hal..n do 4give me 4 my every wrong doing.. (~_~)

Post a Comment

komen anda sangat dialu-aluan

Update Download

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?

  • Tiada Link

    Harap maaf. Tiada update download yang terbaru. Ada sapa2 nak sumbangkan benda untuk didownload?